Sunday, March 6, 2016

Mahu Mencontohi Nabi s.a.w Melayani Isteri?

Rujukan:

1. Mandi bersama isteri

Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” (Bukhari)

2. Mengiringi isteri ketika keluar rumah
dan bantu isteri naik kenderaan

Nabi SAW berkata kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”.(Bukhari)

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”.

3. Menyuap makanan

Dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.”

4. Menyandar kepala di pangkuan isteri

Kata Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”.

5. Menemani isteri ketika sakit

Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim)

6. Memanggil isteri dengan panggilan manja

Rasulullah sering memanggil Aisyah dengan sapaan, “Ya ‘Aisy”(wahai kehidupan)(Bukhari)

Diriwayatkan dari Aisyah, bahwa ia berkata, “Rasulullah memanggilku, sedangkan ketika itu orang-orang Habasyah sedang bermain tombak di masjid pada hari ‘Id. Beliau berkata kepadaku, ‘Wahai Humaira’(Wahai wanita yang putih kemerah-merahan), apakah kamu ingin menyaksikan mereka? Aku jawab, ‘Ya’”(An Nasa'i)

7. Bersabar apabila mendapati hal yang tak disukai pada isteri

“Dan bergaullah dengan mereka (para istri) secara patut, kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (An-Nisa` : 19)

8. Mendidik isteri dekat pada Allah

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (at Tahrim:6)

No comments:

Post a Comment