Saturday, December 6, 2014

From a comment on Youtube 

"Wahai umat ISLAM sejauh mana pon kebenaran atau ilmu yang kamu miliki janganlah kerananya kamu bersifat sombong dan membangga bangga diri...Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang orang yang sombong kerana ia adalah sifat sifat IBLIS terlaknat...
Artikel ini insya ALLAH akan menyedarkan kita semua sejauh mana kita telah menyimpang jauh tersasar..
Bismillah
Bacalah dengan hati yang tenang dan sebar sebarkan...
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mu'jizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an).
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #174)
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
( سورة الفرقان , Al-Furqan, Chapter #25, Verse #32)
Dan sesungguhnya telah Kami turunkan berturut-turut perkataan ini (Al Qur'an) kepada mereka agar mereka mendapat pelajaran .
( سورة القصص , Al-Qasas, Chapter #28, Verse #51)
Baca...
-----------------------------------------------
Ketahuilah umat ISLAM sekalian sebelum turunnya sura sura (ayat ayat) madaniyyah telah lebih dahulu turun sura sura (ayat ayat) makkiah sebagai wahyu yang diturunkan kepada rasulullah yang tercinta MUHAMMAD s.a.w.
Di waktu itu kedudukan ISLAM masih lemah..ALLAH sebagai tuhan yang maha bijaksana telah menurunkan ayat ayat makkiah supaya dengan itu nabi dapat mencari pengaruh kekuatan dan sokongan dari orang orang yang suci hatinya...ini dapat membina kekuatan spiritual umat islam..
Dalam ayat ayat makkiah ALLAH berbicara penuh dengan syair dan ungkapan perasaan selain itu :
Sura sura (ayat ayat) Makkiyah
----------------------------------------
Penuh dengan syair dan ungkapan perasaan
Menggunakan kalimat yang sangat fasih dan baligh
Berisi nasihat, bimbingan, tauhid dan Hari Kiamat, sejarah umat-umat terdahulu, dan azab
Menggunakan banyak pemisah dan biasanya pendek-pendek
Tidak berisi debat dan dialog dengan kaum Yahudi dan Nasrani
Mengandung sedikit saja perintah untuk amal dan ibadah, fokusnya pada masalah akidah dan tauhid
Tidak membahas masalah jihad, hanya membahas soal dakwah, tablig, nasihat, dan kata-kata yang halus
Masa berjalan...kekuatan ISLAM mula dibentuk dan Nabi berhijrah ke madinah..Selepas nabi berhijrah ke madinah ALLAH mula menurunkan ayat ayat madaniyyah..ini dapat mengukuhkan iman dan takwa umat islam..
Dalam ayat ayat madaniyyah tuhan mula menggunakan ayat ayat:
Sura sura (ayat ayat) Madaniyyah
------------------------------------------
Mendalam, kuat, dan kokoh
Menggunakan kalimat-kalimat ushul dan ungkapan-ungkapan undang-undang (syariah)
Berisi hudud, fara’idh, dan hukum
Tidak terlalu banyak menggunakan sajak dan pemisah, dan pemisahnya selalu panjang
Banyak berisi debat dan dialog dengan kaum Yahudi dan Nasrani
Mengandung perintah untuk beramal dan beribadah
Mengandung perintah untuk berjihad, menjelaskan hukum jihad dengan perintah dakwah, tablig, dan irsyad
Dengan perintah dan larangan yang disebutkan dalam ayat ayat madaniyyah nabi mula melaksanakan dengan jayanya sehingga dapat menubuhkan PIAGAM MADINAH dan mengembangkan kekuatan umat ISLAM ke serata tempat...
--------------------------------------------------------------------------
KISAH UNTUK DIAMBIL PELAJARAN
ketahuilah wahai umat islam..keadaan ISLAM dan umat islam hari ini sangat lemah dengan terjadinya perpecahan sehingga umat islam tidak dapat bersatu membina kekuatan ekonomi, militari, tamadun dan spiritualiti...
Oleh itu hendaklah kita kembali mengikuti jejak langkah rasulullah sebagaimana yang ALLAH telah tetapkan didalam Al quran...
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
( سورة الأحزاب , Al-Ahzab, Chapter #33, Verse #21)
Bagaimana harus mulakan?
haruslah kita mulakan dengan mempraktikkan dan mengamalkan ayat ayat makkiah terlebih dahulu supaya kekuatan umat islam dapat menjadi kuat.. elakkan permusuhan sesama islam dan serulah manusia seluruhnya dengan cara berhikmah dan bersabar...
Bila masa nak terapkan ayat ayat madaniyyah?
Apabila kekuatan umat islam sudah menjadi kuat baru lah kita bersatu dan bersama sama menegakkan (daulah)pemerintahan islam (dalam pentadbiran, undang undang dan muamalat)
Bila masa nak berjihad?
Apabila umat islam telah mempunyai khalifah yang berdaulat dan telah mengumpul kekuatan sekurang kurang nya 1/10 dari kekuatan orang orang kafir yang menentang ISLAM...
Hanya dengan cara ini saja kita akan berjaya dunia akhirat...Perlu ada strategi dalam berdakwah (mengembangkan agama) dan juga dalam peperangan (bukan main redah saja)
Oleh itu marilah terlebih dahulu umat islam sekalian kita amalkan dlu ayat ayat makkiah ini sebelum kita mengambil ayat ayat madaniyyah untuk menghukum..insya ALLAH, ALLAH bersama sama orang yang benar...
sekadar pencerahan..
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."
(Sura An Nasr)
Zek Danial  "

No comments:

Post a Comment