Monday, June 6, 2016

Berniat puasa setiap malam atau cukup sekali?

Mengikut jumhur ulama', termasuk Mazhab Syafi'e, niat puasa wajib dilakukan pada setiap malam.

Walau bagaimanapun, mengikut Mazhab Imam Malik, boleh berniat puasa pada malam pertama Ramadan untuk sebulan penuh sekaligus.

Yang lebih baik ialah menghimpunkan kedua-duanya. Caranya pada awal malam Ramadan, berniatlah berpuasa Ramadan untuk sebulan sekaligus, kemudian berniat lagi untuk puasa esok hari. Untuk malam-malam seterusnya, hendaklah berniat pada tiap-tiap malam.

Lafaz niat sebulan penuh

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ هٰذِهِ السَّنَةِ لله تَعَالَى.
Sahaja aku berpuasa bulan ramadhan sepenuhnya Pada tahun ini

No comments:

Post a Comment