If you think children are innocent, read this...
"Tadi pergi popular bookstore nak cari hadiah, terserempak dengan dua budak lelaki dan perempuan sibuk letak storybooks dalam beg. Rasa macam ada benda tk kena, so i ask them dorg buat apa.
The girl answer, "oh ni kita da bayar, nk simpan dlm beg.." rasa tk sedap hati, saya tanya mana receipt, yang budak lelaki pula jawab "receipt dah hilang.. tak tau mana"
huhuhu saya cakap lagi "okay jom pergi counter, auntie bayarkan.." dengan cepat budak perempuan tu cakap " betul ke ni auntie? baik nya hati auntie.." bingo~! mereka dalam proses hendak mencuri.
selain buku, ada botol air yang diorg nak curi. katanya guru nya marah sebab tak ada botol air.. 😧😧 sambil jalan ke kaunter, tanya la datang dengan siapa, katanya dorg berdua sahaja.
selepas membuat bayaran, saya tanya umur dorg. Yang perempuan baru darjah 2, dan yang lelaki baru darjah 1. masa tu hanya Allah sahaja tau perasaan saya. Dah pandai mencuri dalam usia yang sangat muda..
saya perasan yang budak lelaki berkaki ayam je. bila saya tanya kenapa tk pakai selipar, dia ckp lupa. tapi, kawan dia pula ckp " tipu. bapak kau buang kasut kau kn. sbb dia benci kau" huhuhu.. tak sampai hati, terus saya belikan selipar satu. kwn dia tanye "abeh kalau bapak kau buang lagi mcm mana??"
lepas beli selipar, saya bawa dorg makan ice cream. Saya nasihat kan dorg jangan ulang benda yang sama lagi. budak lelaki tu ckp " dia ajak saya pergi sini untuk curi kt popular"
Dorg tanya saya keje mana, saya cakap la mesjid, yang budak perempuan tu terus ckp "best nya kerja mesjid, bole solat bole ngaji.."
nampak sangat keinginan dia nak belajar. dia ckp ,"dulu mak saya hanta tapi skrg da tk..
inilah realiti dunia sekarang.. saya speechless dan sedih sangat..
semoga Allah melindungi mereka."
No comments:
Post a Comment